Saturday, September 18, 2010

Lebih bernilai dari harga berjuta emas.

Sedang menonton Janji seorang anak,1.30 a.m.
Walaupun cerita ini pernah disiarkan berulang kali di TV3, still impak dia xpudar.

Kasih Ibu tak ternilai harganya.
Sayang Ayah tak terbalas nilainya.

"Tidak akan terputus rezeki seseorang Anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam SEHARI".
"Setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup ataupun telah tiada, nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu" .
Dari Abu Hurayra r.a " Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah amalannya, kecuali anak soleh yang mendoakannya"

Allahurabbi.
Lindungilah aku dari godaan syaitan.
Jauhilah diri ini dari menderhakai ibu bapa ku.
Sesungguhnya diri ini terlalu kerdil dan lemah ya Allah.
Jauhilah diriku ini dari sifat riak.


Si blogger yg kurang ilmu dunia akhirat ni goggle serba sedikit.
Marilah share peringatan bersama walaupun sedikit ye :)

1. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah S.W.T
2. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT
3. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, menadah tangan dan membayangkan wajah kedua orang tua kita dengan penuh kasih sayang termasuk guru-guru dan mereka2 yang banyak menolong kita.
4. Sebaik-baik doa adalah yang diucapkan dengan penuh ikhlas. InsyaAllah
.
Doa ibu bapa (apabila dibaca seorang diri) :
Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo
 Maksudnya : Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Ibnu `Abbas states:
“I questioned the Messenger of Allah : Which deed is the most beloved in the eyes of Allah, the Almighty, the Glorious?”
He S.A.W replied: “(Offering) prayers at their stipulated times.”
I then asked: “Which is the next most beloved deed?”
He S.A.W answered: “Goodness towards (one’s) parents.”
I asked him again: “After this which is the most beloved act?”
He S.A.W said: “Jihad in the way of Allah.”

Sama-samalah kita berusaha ke arah yangdiredhaiNya. Moga-moga ditunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah Amin.

No comments: