Saturday, February 27, 2010

Tetiba je teringat masa pindah sekolah lepas dgr lagu say john mayer di cover kan oleh boyce avenue.
Dr sekolah Bachang ke sekolah Lereh.
Masa tu darjah 4. Kecik comel, tudung senget, kasut kaki kecik je lagi.
Mmg mantap masa tu, amat menakutkan sbb environment baru, kawan baru malahan kejeritan cikgu kebaruan.

Smpai je kat sekolah, ibu hantar smpai depan makmal.
Masa tu kelas 4 Alpha, dorg kne duduk makmal sementara sbb kelas tgh dlm pembaikian.
Sampai depan pintu, salam tangan ibu.
Buat muka seposen lime sen sbb igt ibu nk teman kan aku masuk smpai masuk dalam kelas tu, tp tak pun.
Masa tu kaki mmg xnak masuk dah.
Serius mcm nak patah balik kat ibu dan ikut ibu pi ofis. Rasa mcm esok2 je pi skolah pun boleh je.

Tapi kugagahkan juga langkahku.
Lepas masuk kelas, ibu bg signal utk ibu beredar dan teruskan perjalanan ke ofis.
Aku angguk senyum tp dlm hati mcm nk tarik bj ibu je masa tu hoh.
Masuk kelas dan tak mcm biasa sbb cikgu kelas tu xsuruh perkenalkan diri.
Cikgu tu ckp, ini murid baru dan awak boleh amik tmpt kat sebelah Badriah :)
Dgn kemukaan yang ke-inesen-an ku ini, aku pun jalan sopan ke arah tmpt duduk makmal tu.
Kat meja tu mcm bangku piknik yang duduk berhadapan satu sama lain tu.
Ada 6 seats ke 7 mcm tu, kemuatan nya.
Aku duduk sebelah Badriah :)
Masa tu ada 2/3 org tanya nama aku tapi aku diam je, xckp pn.

Pastu aku tunduk bwh meja sbb nak kluakan buku, beg kat bwh.
Tapi sebenarnya masa tu air mata dah jatuh dah sbb takut haha shh.
Lama la jugak tunduk bwh tp xla smpai satu jam.
Lepas capai buku, sebelum angkat muka, kesat2 dlu mata.
Angkat muka dan berlagak cool mcm x nangis.
Nasib baik x ketara mataku merah2 ke ape2. Dorang x perasan lagipun :D


Masa rehat baru gaul2 sikit dgn dorg.
Setelah lama berkenal dan melalui pelbagai kenangan, dorang ckp : masa awal2 kau (si blogger) dtg sekolah sgt sombong tp bila dah kenal, baru tawu yg kau (si blogger) nih xboleh behenti bebel.

Haaa mmg kuat ckp. Serius.
Smpai pnah la mencacatkan catatan buku rekod ujian.
Cikgu tulis under comment tu : kurg kan bercakap.
Terime kasih cikgu.


3 comments:

nadiahs said...

sgt comel kurang kan berckp tu!
hahaha..
salute arr cekgu naz tu..
:p
:p

NA. said...

haha. comel komen cikgu tuh :P

ZA said...

kak nadiah: ceeit, malu dah ni haha.

cik amie: hehe. sogan dah den ni ha.