Monday, March 1, 2010

Putih diam, membaca surat khabar.
Hitam diam, menonton tv.

" Susah kan kita ni, manusia nak berubah dari satu tahap ke tahap yang positif," si Hitam cuba mengombakkan keadaan.

Masih lagi tiada respons. Hanya kedengaran suara drama Akukah Tanggang di tv.

" Kau rasa kau mcm mana wei putih?," Hitam tidak putus asa.

" Aku rasa Alhamdulillah," ringkas jawapannya.

" Lain aku tanya, lain pula yang kau jawab, hissh," Hitam masih boleh bersabar.

" Perubahan mmg susah. Pokok pangkal diri sendiri. Nak ckp syaitan punye salah, tak boleh. Yang penting Iman. Nak ckp pengaruh rakan sebaya punye silap, tak boleh. Yang penting Kematangan fikiran utk bezakan positif atau negatif. Nak ckp environment yang salah, tak boleh. Yang penting Kelicikkan diri meng-adapt environment tu. Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Hati mesti kuat, minda mesti ligat, jiwa harus semangat, kawal amarah. Dgn punya kredhaan dan keberkatan dari Nya, InsyaAllah perubahan yang molek dpt kau capai. Ada apa2 lagi kau nak tanya si Hitam?," padat jawapannya.

Hitam terdiam.Masih fikir.

" Kdg2 kegagalan diperlukan untuk kita perhatikan kesalahan yang telah dilakukan. Bezanya antara manusia perasan atau tidak kesalahan mereka tu.Tapi kdg2 manusia ni hanya pandai berkata,buat habuk pun tarak. Igtkan aku ya sahabat kalau ada terlupa," Putih bersuara lagi sambil senyum di hadapan surat khabar.

" Ohh sama-samalah kita saling mengingati, InsyaAllah. Syukran ya sahabat," Hitam menjawab.

4 comments:

NA. said...

post ni terbaik
peringatan utk diri ini yg sdg melalui fasa perubahan dlm hidup jugak
takpe pelan2 berubah
kdg2 kite kembali kpd diri kte yg asal
tp yg pntg, don't give up!
:)

kiki said...

absolutely right.
the most important thing is ourselves.
we decide !

Ah Ning Za said...

ah zung raa, ni blog niza ni . mahu email ah zung mau invite :)

ZA said...

yeaah korang. dont giv up!